CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA.....

dEAR ALL FRIEND IN MALAYSIA........

SELAMAT HARI RAYA

AMPUN MAAF DIPINTA.....

SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI YANG MULIA INI....
SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN......

SELAMAT HARI RAYA.

Friday, September 26, 2008

SUSU TERCEMAR....MELAMIN

Beberapa minggu kebelakangan ini negara telah dikejutkan dengan isu susu tercemar di Negara China. Tetapi, sejauh manakah perkara ini menggugat kesihatan rakyat Malaysia? Industri makanan merupakan suatu jaringan perniagaan yang meluas/global. Dengan itu, Negara Malaysia juga tidak terkecuali dari menyimpan/memiliki produk makanan import daripada Negara China.

Pada pandangan saya, apa yang kita makan haruslah sesuatu yang berkualiti dan berkhasiat dan barulah tubuh badan kita akan menjadi sihat. Namun siapa sangka kelalaian yang sebegitu rupa boleh mengakibatkan kesan yang besar terhadap kesihatan kita. Yang paling menyedihkan adalah, AKTA MAKANAN telah dibuat dan digubal sebagai panduan setiap pengilang/pengurus bagi menyediakan sesuatu produk sebelum diedarkan kepada pengguna. Melalui panduan tersebut dapat membantu kita menghasilkan produk yang selamat. Namun, masih ada lagi pihak yang mengabaikan perkara yang penting itu.

Paling menyentuh perasaan saya adalah.....kanak-kanak yang paling banyak menerima kesan buruk daripada produk tersebut. Dengan itu, sama-samalah kita memastikan kanak-kanak kita menerima atau memakan makanan yang bebas daripada MELAMIN ini.

My point of view....
Tidak salah menjadi seorang yang cerewet dalam pemilihan makanan kerana ia menunjukkan seseorang itu, mengambil berat tentang kesihatan diri mereka. Periksa label produk bagi menjamin pengambilan produk yang berkualiti.

Tuesday, September 23, 2008

Bandar Kuching election petition....

As we all aware about this case....on 28.04.2008, a voter had files an election petition against Bandar Kuching MP Chong Chien Jen. Today would be an expected day for us to know the decision on the election petition against MP Chong Chieng Jen -that is what had been reported by local news paper .

I believe that everyone would think of:

  • What happen to the hearing today?
  • Will MP Chong win the case?
  • Will it affect N12 Kota Sentosa seat?

WHAT DO YOU THINK? PLEASE TO HEAR ANY COMMENT.....

Wednesday, September 17, 2008

Kejujuran Dan.......

Pagi yang indah dan cerah belum tentu lagi menjamin bahawa ianya akan setia bersama kita sepanjang hari. Kata orang sangkakan panas sampai ke petang tapi hujan pula di tengah hari......ehm... begitulah lumrah kehidupan kita di dunia ini. Begitu juga dengan segala yang dimiliki oleh setiap kita di dunia ini. Kita hanyalah penumpang sementara bagi menikmati segala yang tercipta dan tersedia bagi kita. Dengan itu sedarlah bahawa berapa lama lagi masa yang kita ada, tiada siapa yang tahu.

Kata orang kejujuran perlu dalam perhubungan....bagaimana pula dengan pemerintahan kita? Bagi saya, ianya perlu kerana ia merupakan perhubungan yang paling besar dan utama dalam hidup kita. Mengapa harus ada dusta? Mengapa harus disingkirkan nilai kejujuran dalam semua itu?

Padahal, tindakan itulah yang akan menjamin keberkesanan dan kejayaan seseorang sebagai pemerintah. Ramai yang percaya bahawa kebaikan yang diberi, ditunjukkan dan dilakukan kepada orang lain akan dibalas balik dengan kebaikkan. Malah sebaliknya akan berlaku pada kita jika melakukan kejahatan/penipuan.

Lagi pun, dari kecil lagi kita telah dididik agar menghargai apa yang kita ada. Dan........hidup ini umpama pusingan roda yang ada kalanya meletakkan kita di atas dan ada kalanya di bawah... Dengan itu, jangan sekali-kali mengetepikan istilah JUJUR dalam kehidupan ini.

fikir-fikirkan...dan renung-renungkan.....

Tuesday, September 16, 2008

Flag Rising Ceremony by........

wow.....again we have been suprised! Yesterday (15 September 2008) i have received an sms saying that PKR will do their flag rising ceremony at Padang Merdeka at 9 am. Then im keep thinking is it true that they going to do that?

I wonder why they need to do that and at the middle of the Kuching town? What is the purpose of doing that?

Any way, let us do what we suppose to do and think about. whatever it is, we should be proud of Malaysia for its 51 years old of independence.

Malaysia Boleh.

Jenayah

kepada pembaca sekalian, selamat datang ke blog saya ini. Sering bermain di fikiran ini, mengapa masih ada yang leka dan tidak pandai menghargai keindahan dan keamanan negara kita Malaysia.

Sering terdengar kes jenayah yang berlaku di sekitar kediaman kita. Malah, mangsanya tidak mengira umur dan jantina. Mengapa harus dibiarkan masalah ini berlarutan sehingga ada suatu ketika kita berasa amat takt untuk keluar dari rumah, jika memikirkan masalah jenayah yang menjadi macam satu normal situation kepada setiap masyarakat.

Sedangkan negara kita semakin maju dengan taraf pendidikan yang semakin memberangsangkan. Mengapa perlu kita jalani kehidupan seharian dalam ketakutan? Di manakah dan siapaah yang harus dipersalakan dalam hal sedemikian? Tepuk dada tanyalah selera. Ini kerana, setiap kita yang mementingkan keamanan negara harus peka dan memainkan peranan bagi memastikan tanggungjawa tersebut adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia.

berusaha kita bersama bagi membanteras isu jenayah di negara kita.....