Jika benar itu terjadi, memang rezeki buat rakyat Malaysia. Kenyataan tersebut telah saya petik dari Utusan Malaysia bertarikh 30 oktober 2008.
"Mesyuarat Kabinet esok akan memutuskan sama ada menurunkan harga runcit petrol dan diesel buat kali keempat dalam tempoh tiga bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Menurut beliau, sebarang keputusan untuk menurunkan harga minyak perlu dibincangkan terlebih dahulu pada mesyuarat Kabinet sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.
''Saya tidak tahu apa keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat Kabinet esok, tetapi apa yang pasti kerajaan tetap akan menurunkan harga minyak.
''Cuma persoalannya bila dan berapa harga yang diturunkan akan diumumkan oleh Abdullah,'' katanya.
JIka benar....terima kasih Malaysia....semoga keadaan ekonomi kita sentiasa akan kekal bagi menjamin keselesaan dan kesenangan rakyat Malaysia. Biarlah wawasan 2020 akan menjadi kenyataan. Manakala kita selaku rakyat Malaysia, bersedialah dalam apa jua keadaan dan bersyukurlah dengan apa yang ada.
Friday, October 31, 2008
HARGA MINYAK AKAN BERUBAH LAGI?
Posted by Tapak Sulaiman at 2:34 PM 0 comments
Thursday, October 30, 2008
Ketua Hakim Negara Yang Baru
Tahniah kepada Tan Sri Zaki Azmi yang telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara semalam. Semoga segala yang berurusan tentang bidang kehakiman ini dapat dilaksanakan dengan baik dan telus.
Posted by Tapak Sulaiman at 1:00 PM 0 comments
Tuesday, October 28, 2008
Minyak Dunia Turun Harga
Minyak sedunia telah dilaporkan turun sehingga ke USD 60 se tong. Betul ke ni? Kalau betul, satu langkah yang baik bagi kerajaan memberi kesenangan kepada rakyatnya. Tidak lupa juga bagi pihak yang menjaga harga barangan keperluan harian rakyat. INi kerana, kos pengangkutan untuk semua ini sudah pasti juga menurun. Apa tunggu lagi? Sumbangkan lebih banyak "ang-pow" kepada rakyat Malaysia bagi menjamin kesejahteraan ekonomi negara kita.
(Renungan: Tak salahkan berbuat begitu kerana, ini adalah masa untuk kita sama-sama menikmati harga minyak yang rendah seperti dulu kala. Rakyat pasti akan faham dengan situasi harga minyak di Malaysia pada suatu hari nanti adalah disebakan oleh harga minyak sedunia. )
Posted by Tapak Sulaiman at 10:00 AM 0 comments
Thursday, October 23, 2008
NOTIS PENURUNAN HARGA BARANGAN
Semua sudah tahu akan penurunan harga minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia tercinta baru-baru ini. Hari ini saya telah terbaca dalam akhbar tempatan bahawa pada hari ini Menteri di Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menyatakan bahawa pelanggan bakal menikmati penurunan terhadap harga barangan keperluan berkuat kuasa esok. Di mana menurut Menteri Datuk Shahrir Samad lagi, kementerian tersebut telah mengadakan perbincangan dengan beberapa Hypermarket berkaitan dengan penurunan harga barangan keperluan tersebut namun hanya satu syarikat sahaja yang sudi untuk menunrunkan harga barangan keperluan di pusat mereka.
Di harapkan agar semakin ramai peniaga yang akan menyokong tindakan Kementerian tersebut untuk kepentingan bersama. Begitu juga dengan Negeri sarawak dan Sabah yang banyak lagi kawasan pedalamannya. Harga barangan keperluan seharusnya berada pada tahap yang mampu untuk dibeli oleh masyarakat kerana ia memberi beban terhadap para pengguna. Lagi pun pengurangan terhadap kos pengangkutan mesti sudah dirasai oleh ara peniaga sejajar dengan harga minyak yang telah diturun baru-baru ini.
Walau apa pun tindakan Kementerian, saya ucapkan syabas dan semoga berjaya menangani isu harga barangan ini. Lagi pun hasilnya akan menyumbang kepada ekonomi negara Malaysia.
Posted by Tapak Sulaiman at 9:40 AM 0 comments
Wednesday, October 22, 2008
KISAH BENAR
Posted by Tapak Sulaiman at 1:38 PM 0 comments
Wednesday, October 15, 2008
MINYAK TURUN HARGA
Wow...... sekali lagi kita terima "Ang Pow" daripada kerajaan. Suka hati saya ingin mengatakan ini memang satu tindakan yang baik dan menunjukkan kerajaan prihatin terhadap rakyatnya.
Petang Selasa, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan penurunan harga minyak sekali lagi. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia memang prihatin dengan rakyatnya. Dengan itu, pada pandangan saya tidak salah untuk kita menikmati harga barangan keperluan pada paras yang sepatutnya. Di harap agar pihak-pihak berkenaan dapat memainkan peranan sekaligus meneliti harga baru untuk barangan keperluan rakyat Malaysia.
Apa-apa pun, terima kasih di atas penurunan harga minyak tersebut kerana ia memberi kesan kepada kos pengangkutan saya yang berada di kawasan sub-urban ni.
Posted by Tapak Sulaiman at 10:57 AM 0 comments