CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 4, 2009

Harga Gula menjadi Bualan......





Gula bagi rakyat Malaysia merupakan kemestian dalam kehidupan harian. Rasanya macam tiada seri dalam minuman terutamanya dan juga masakan kita. Namun kisah si GULA ni nampaknya tidak berakhir di situ sahaja........

Beberapa minggu yang lalu kita telah digemparkan dengan kenyataan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menyatakan bahawa harga gula mungkin akan naik selepas Perayaan Tahun Baru Cina. Sejauh mana kebenaran tersebut, masing-masing boleh menilai dan melihatnya di kawasan masing-masing. Tapi hakikatnya memang berlaku kekecohan dikalangan pengguna. Begitu kawan kita sibuk menyambut Perayaan Tahun Baru Cina, kita pula sibuk mencari gula untuk disimpan sebagai bekalan tambahan.

Kuala Lumpur 3 Februari-Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) membidas tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan harga gula akan dinaikkan selepas sambutan Tahun Baru Cina sehingga menimbulkan pembelian panik dan kekurangan bekalan di beberapa negeri sejak minggu lalu.

(petikan daripada Utusan Malaysia)


Anda pula bagaiman? Tapak Sulaiman sedia mendengar segala komen dan pandangan anda.