CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 22, 2009

Apa Komen Anda......

Beberapa hari yang lalu, saya ada terbaca satu artikel yang telah disiarkan dalam surat khabar tempatan. Ia amat menarik minat saya dan ingin mengetahui apa pula komen pembaca-pembaca yang lain.
Dalam artikel tersebut, penulis ada menyebut dan memberi pandangan agar Menteri dan Timbalan Menteri mana-mana kementerian agar membuat lawatan sendiri ke Negeri Sarawak. Ini bagi beliau dapat memberi peluang kepada yang berkenaan untuk mengetahui apa-apa yang diperlukan oleh masyarakat di Negeri Sarawak ini. Yang lebih jelas lagi adalah, dengan itu dapatlah, mana-mana kementerian membuat penilaian dari segi jumlah peruntukan yang boleh dan perlu disalurkan kepada masyarakat di Negeri Sarawak.
Namun, pada pandangan saya...... ia merupakan satu pendekatan yang baik bagi Menteri dan Timbalan Menteri untuk lebih mengenali masyarakat dan keadaan di Negeri sarawak ini. Tapi dari segi pemberian peruntukan, kerjaan Negeri boleh memainkan peranan untuk memastikan negeri ini mencapai sasaran kerajaan dari pelbagai segi.
Komen anda pula bagaimana?

Friday, April 17, 2009

N29 Milik Barisan Nasional

Selepas pengumuman tarikh pilihan raya bagi DUN N29 Batang Ai, masing-masing sibuk menyiapkan jentera untuk berhadapan dengan pilihan raya kecil yang akan dijalankan pada 8 April 2009.

Calon yang diketengahkan oleh pihak BN ketika itu adalah seorang muka baru iaitu saudara Malcolm Mussen. Beliau telah memenangi pilihan raya kecil N29 Batang Ai dengan majoriti sebanyak 1, 854 undi menentang calon pembangkang dari PKR.

Apa pun YB ..... tahniah di atas kemenangan tersebut..... gandakan usaha untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang.