CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 10, 2009

Satu Usaha Yang Baik....


Padiberas Nasional Bhd (BERNAS), telah merancang untuk membuka 3,000 kedai runcit menjelang tahun 2016 bagi membantu petani dan pesawah padi memasarkan produk mereka selain membantu melatih usahawan baru menerusi sistem francais.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk noh Omar berkata, kedai runcit yang diberi nama "Save More" itu akan dibuka secara berperingkat dan dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan Beras Super 15 Peratus hancur (ST15) di pasaran. (Petikan dari Utusan Malaysia)


Bagi Tapak Sulaiman, ia sesuatu yang baik bagi menjana ekonomi pembekal (petani), peniaga, pengguna dan negara amnya. Ini kerana bagi keluarga yang berpendapatn rendah dan sederhana memang beras tersebutlah menjadi pilihan. Sebab baru-baru ni ada juga Tapak Sulaiman melawat sebuah negeri dan terserempak dengan masalah memperolehi bekalan beras ST15 yang lebih dikenali sebagai Beras Nasional oleh penduduk tempatan. Boleh dikatakan, apabila beras tersebut dikeluarkan pada pukul 4 pm di sebuah pasaraya......berpusu-pusu pengguna/pembeli datang untuk mendapatkan beras tersebut. Yang paling nyata adalah, siap digantung lagi perkataan seperti ini (Setiap keluarga boleh mengambil 2 beg beras sahaja) di sudut terletaknya beras tersebut. Tapi apabila masuk ke negeri sebelah, berlambak-lambaklah pula beras tersebut. Entahlah, mengapa dan di mana berlaku masalah pun Tapak Sulaiman kurang arif.

Friday, June 5, 2009

KENAIKAN TAMBANG TEKSI

Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial telah mengumumkan bahawa pada bulan depan iaitu bulan Julai..... kadar tambang teksi baru akan dikuatkuasakan bagi Negeri Sarawak. Jika merujuk kepada laporan Bernama pada 3 Jun 2009, kenaikan sebanyak 30 sen telah dicadangkan di Semenanjung Malaysia namun di Sarawak, kadar kenaikkan belum lagi ditentukan.


Apa pun yang dilaksakan ada juga kebaikannya, terutama sekali kepada pemandu teksi yang turut merasa akan masalah ekonomi negara kita kini.