CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 25, 2009

Bajet 2010

Selesai sudah pembentangan Bajet 2010. Ternyata, dalam kegawatan ekonomi negara, bajet prihatin sekali lagi memberi yang terbaik untuk kita semua. Puji dan syukur kerana negara kita aman dan damai. Semoga yang baik datang kepada kita agar Negara Malaysia akan terus maju. Tapak Sulaiman suka dengan pembinaan klinik kecil yang bakal dtempatkan di kawasan perumahan yang akan dinyatakan dengan lebih lanjut. Di mana dan bagaimana pun, kita berharap agar segala yang dirancang akan terlaksana dengan jayanya. Semga peluang dan ruang yang diberi memberi kesan dan faedah yang baik buat setiap lapisan rakyat.

Tahniah buat Negara Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya. Salam 1Malaysia buat pembaca semua.

Thursday, October 22, 2009

16 September Sebagai Hari Malaysia

Baru-baru ini, Perdana Menteri kita Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengisytiharkan bahawa 16 September merupakan CUTI UMUM bagi merayakan HARI MALAYSIA. Bagi yang belum tahu mengapa tarikh tersebut penting dan bermakna...... 16 September merupakan tarikh di mana Sarawak dan Sabah telah bergabung dengan Malaya sebagai satu Malaysia selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kita harus dan wajib mengingati hari tersebut dan merayakannya bersama-sama seperti mana kita menghargai erti KEMERDEKAAN bagi negara kita yang tercinta iaitu MALAYSIA.

Monday, October 12, 2009

Miskin Tegar Dikecualikan Bayar Cukai

Baru-baru ni, Tapak Sulaiman ada membaca surat khabar yang menyatakan keluarga miskin tegar boleh memohon untuk dikecualikan dari membuat bayaran cukai taksiran. Namun permohonan tersebut harus dikemukan kepada Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Kuching, Sarawak. Walaupun begitu, permohonan tersebut akan diproses dan diluluskan oleh Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam iaitu Dato Sri Wong Soon Koh.

Bagi Tapak Sulaiman, ia merupakan satu langkah yang baik bagi mengurangkan beban rakyat terutamanya yang memang hidup susah. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, ambillah peluang ini bagi kita sama membantu dan memberitahu mereka yang layak menerima pengecualian tersebut.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Adilfitri

Di kesempatan ini, saya serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang menyambut hari yang mulia ini. Diharap agar berbahagia hendaknya dan Maaf Zahir Batin.Semoga beroleh kesejahteraan dan kedamaian. H1N1 bukan penghalang untuk kita megeratkan lagi silaturahim yang sedia ada. Akhir kata, salam Aidilfitri buat semua.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa Buat semua Umat Islam

Esok merupakan Hari pertama bagi umat Islam akan menyambut Puasa. Kepada semua kawan-kawan di luar sana, Selamat Menjalankan Ibadat Puasa. Semoga memperolehi keberkatan dan kesejahteraan.

Friday, July 17, 2009

Nukilan Perdana Menteri sempena 100 Hari Menjadi PM



Saya tertarik dengan setiap petikan dan madah yang diucapkan oleh beliau tempoh hari. Bagi yang tidak berkesempatan renunglah dan hayatilah nukilan sajak yang disediakan khas buat rakyat Malaysia...


HARAPAN


Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai snegketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakan tumpah harapan mereka
kerana.....
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beda lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku,
Kita berjalan seiringan,
Kita melangkah sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia


Petikan diambil dari laman web http://www.1malaysia.com.my
Bagi saya ia suatu nukilan yang indah dan dalam maknanya. Biarlah tiada beda antara kita yang membaca dan sama-sama kita semaikan kerana harapan beliau adalah harapan kita semua.

Thursday, July 9, 2009

PPSMI telah dimansuhkan....

Menurut Menteri Pelajaran Kita Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan dibuat untuk memansuhkan pembelajaran dan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi kita akan dapat melihat bahawa matapelajaran tersebut akan dikekalkan dalam Bahasa Melayu.

Ini bakal memudahkan tenaga pengajar untuk mengajar dan membuat penjelasan lanjut tentang sesuatu topik. Lagi pula, keputusan yang dibuat adalah hasil daripada kesemua pihak.Apa pun, semoga Malaysia sentiasa berada di hadapan dan mencapai apa jua wawasan yang dikejar.




Apa komen anda?