CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 17, 2008

Kejujuran Dan.......

Pagi yang indah dan cerah belum tentu lagi menjamin bahawa ianya akan setia bersama kita sepanjang hari. Kata orang sangkakan panas sampai ke petang tapi hujan pula di tengah hari......ehm... begitulah lumrah kehidupan kita di dunia ini. Begitu juga dengan segala yang dimiliki oleh setiap kita di dunia ini. Kita hanyalah penumpang sementara bagi menikmati segala yang tercipta dan tersedia bagi kita. Dengan itu sedarlah bahawa berapa lama lagi masa yang kita ada, tiada siapa yang tahu.

Kata orang kejujuran perlu dalam perhubungan....bagaimana pula dengan pemerintahan kita? Bagi saya, ianya perlu kerana ia merupakan perhubungan yang paling besar dan utama dalam hidup kita. Mengapa harus ada dusta? Mengapa harus disingkirkan nilai kejujuran dalam semua itu?

Padahal, tindakan itulah yang akan menjamin keberkesanan dan kejayaan seseorang sebagai pemerintah. Ramai yang percaya bahawa kebaikan yang diberi, ditunjukkan dan dilakukan kepada orang lain akan dibalas balik dengan kebaikkan. Malah sebaliknya akan berlaku pada kita jika melakukan kejahatan/penipuan.

Lagi pun, dari kecil lagi kita telah dididik agar menghargai apa yang kita ada. Dan........hidup ini umpama pusingan roda yang ada kalanya meletakkan kita di atas dan ada kalanya di bawah... Dengan itu, jangan sekali-kali mengetepikan istilah JUJUR dalam kehidupan ini.

fikir-fikirkan...dan renung-renungkan.....

0 comments: