CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 26, 2008

SUSU TERCEMAR....MELAMIN

Beberapa minggu kebelakangan ini negara telah dikejutkan dengan isu susu tercemar di Negara China. Tetapi, sejauh manakah perkara ini menggugat kesihatan rakyat Malaysia? Industri makanan merupakan suatu jaringan perniagaan yang meluas/global. Dengan itu, Negara Malaysia juga tidak terkecuali dari menyimpan/memiliki produk makanan import daripada Negara China.

Pada pandangan saya, apa yang kita makan haruslah sesuatu yang berkualiti dan berkhasiat dan barulah tubuh badan kita akan menjadi sihat. Namun siapa sangka kelalaian yang sebegitu rupa boleh mengakibatkan kesan yang besar terhadap kesihatan kita. Yang paling menyedihkan adalah, AKTA MAKANAN telah dibuat dan digubal sebagai panduan setiap pengilang/pengurus bagi menyediakan sesuatu produk sebelum diedarkan kepada pengguna. Melalui panduan tersebut dapat membantu kita menghasilkan produk yang selamat. Namun, masih ada lagi pihak yang mengabaikan perkara yang penting itu.

Paling menyentuh perasaan saya adalah.....kanak-kanak yang paling banyak menerima kesan buruk daripada produk tersebut. Dengan itu, sama-samalah kita memastikan kanak-kanak kita menerima atau memakan makanan yang bebas daripada MELAMIN ini.

My point of view....
Tidak salah menjadi seorang yang cerewet dalam pemilihan makanan kerana ia menunjukkan seseorang itu, mengambil berat tentang kesihatan diri mereka. Periksa label produk bagi menjamin pengambilan produk yang berkualiti.

0 comments: