CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 2, 2009

KEPINCANGAN PAKATAN RAKYAT (PR)

Tanpa disangka dan diduga, Pakatan Rakyat yang dibentuk pada asalnya untuk menerajui Kerajaan untuk menggantikan pihak Barisan Nasional pada awal penubuhannya sahaja gah. Lama-kelamaan PR yang diwakili oleh pihak pembangkang, kelihatan semakin lemah dan ketara ketidakserasian mereka.

Pada 1 Julai 2009, Democratic Action Party (DAP) Negeri Kedah dengan bangganya menarik diri dari Pakatan Rakyat. Di mana, pihak DAP menganggap bahawa pihak PAS Negeri Kedah tidak membela nasib rakyat-rakyat yang bukan Melayu.
Kerana itulah, Perdana Menteri Kita, Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan 1 MALAYSIA. Sama-samalah kita menghayati apa yang terkandung dalam Konsep 1Malaysia tersebut dan menggunakannya sebagai panduan ke arah kemajuan dan kejayaan bangsa dan negara. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Syabas Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana mementingkan setiap lapisan masyarakat dan memperkenalkan 1Malaysia. Semoga gagasan tersebut mampu mengekalkan apa yang ada dan meningkatkan apa yang perlu.
MALAYSIA BOLEH!

0 comments: