CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 7, 2009

Standart dan Kualiti....

Merujuk kepada standart dan kualiti, itulah yang disebut-sebut apabila seseorang itu ingin mendapatkan sebarang perkhidmatan atau barangan. Saya juga percaya semua pihak akan memikirkan tentang standart dan kualiti barangan atau perkhidmatan tersebut. Tidak kira murah atau tidak...tapi kualiti yang penting. Kempen belilah barangan Malaysia harus kita sokong dengan baik dan bukan sekadar manis di bibir sahaja. Saya berkata sedemikian kerana, jika bukan kita sebagai rakyat Malaysia yang mengagungkan atau mengangkat nama/jenama barangan dan keluaran Malaysia siapa lagi kan?



Pada keadaan ekonomi negara yang agak lembap sekarang ini, marilah kita bersama-sama memastikan produk Malaysia masih lagi kekal di pasaran. Kita sebagai rakyat Malaysia, merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara. Kita harus bersyukur kerana masih lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Dengan diperkenalkan lagi Konsep 1 Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, diharapkan setiap kita dapat menghayati dan mengamalkan setiap nilai teras dalam konsep tersebut. Jika nilai tersebut telah lama kita guna pakai maka inilah masa untuk kita memperkasakannya lagi.
Apakah 8 teras nilai tersebut kita bertemu lagi esok......

0 comments: