Di kesempatan ini, saya serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang menyambut hari yang mulia ini. Diharap agar berbahagia hendaknya dan Maaf Zahir Batin.Semoga beroleh kesejahteraan dan kedamaian. H1N1 bukan penghalang untuk kita megeratkan lagi silaturahim yang sedia ada. Akhir kata, salam Aidilfitri buat semua.
Sunday, September 20, 2009
Friday, August 21, 2009
Selamat Berpuasa Buat semua Umat Islam
Esok merupakan Hari pertama bagi umat Islam akan menyambut Puasa. Kepada semua kawan-kawan di luar sana, Selamat Menjalankan Ibadat Puasa. Semoga memperolehi keberkatan dan kesejahteraan.
Posted by Tapak Sulaiman at 11:09 AM 0 comments
Friday, July 17, 2009
Nukilan Perdana Menteri sempena 100 Hari Menjadi PM

Saya tertarik dengan setiap petikan dan madah yang diucapkan oleh beliau tempoh hari. Bagi yang tidak berkesempatan renunglah dan hayatilah nukilan sajak yang disediakan khas buat rakyat Malaysia...
HARAPAN
Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai snegketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakan tumpah harapan mereka
kerana.....
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beda lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku,
Kita berjalan seiringan,
Kita melangkah sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia
Petikan diambil dari laman web http://www.1malaysia.com.my
Bagi saya ia suatu nukilan yang indah dan dalam maknanya. Biarlah tiada beda antara kita yang membaca dan sama-sama kita semaikan kerana harapan beliau adalah harapan kita semua.
Posted by Tapak Sulaiman at 2:35 PM 0 comments
Thursday, July 9, 2009
PPSMI telah dimansuhkan....
Menurut Menteri Pelajaran Kita Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan dibuat untuk memansuhkan pembelajaran dan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi kita akan dapat melihat bahawa matapelajaran tersebut akan dikekalkan dalam Bahasa Melayu.Ini bakal memudahkan tenaga pengajar untuk mengajar dan membuat penjelasan lanjut tentang sesuatu topik. Lagi pula, keputusan yang dibuat adalah hasil daripada kesemua pihak.Apa pun, semoga Malaysia sentiasa berada di hadapan dan mencapai apa jua wawasan yang dikejar.
Posted by Tapak Sulaiman at 3:36 PM 0 comments
Tuesday, July 7, 2009
Standart dan Kualiti....
Merujuk kepada standart dan kualiti, itulah yang disebut-sebut apabila seseorang itu ingin mendapatkan sebarang perkhidmatan atau barangan. Saya juga percaya semua pihak akan memikirkan tentang standart dan kualiti barangan atau perkhidmatan tersebut. Tidak kira murah atau tidak...tapi kualiti yang penting. Kempen belilah barangan Malaysia harus kita sokong dengan baik dan bukan sekadar manis di bibir sahaja. Saya berkata sedemikian kerana, jika bukan kita sebagai rakyat Malaysia yang mengagungkan atau mengangkat nama/jenama barangan dan keluaran Malaysia siapa lagi kan?
Posted by Tapak Sulaiman at 12:39 PM 0 comments
Thursday, July 2, 2009
KEPINCANGAN PAKATAN RAKYAT (PR)
Posted by Tapak Sulaiman at 1:43 PM 0 comments
Wednesday, July 1, 2009
MORE MBKS AREA WITH COUPON PARKING
Started by today.....JUly 1, 2009. 9 more areas under Kuching City South Council (MBKS) jurisdiction will using coupon parking.
The 9 areas are;
- Jln Laksamana Cheng Ho Commercial Centre
- Wisma Nation Horozon Commercial Centre
- Kingswood Inn
- Jalan Padungan Commercial centre (Public Bank)
- Tabuan Dayak Commercial centre
- Yoshi Square Commercial Centre
- Jln Song Thian Cheok Commercial Centre
- Kenny Hill Commercial Centre
- Kenyalang Park Commercial centre (vicinity of Lrg Sim Kheng Hong 4)
So....don't forget to put your coupon parking while parking at those area.
Posted by Tapak Sulaiman at 2:03 PM 0 comments
