CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 22, 2008

KISAH BENAR


KaTa orang kerana MULUT BADAN BINASA. Tapi, dalam pada kita menjalani kehidupan yang serba moden ini masih lagi wujud orang perseorangan yang mementingkan diri malah berlagak kurang sopan dengan segelintir masyarakat.


Di sini, ingin saya ceritakan atau menyentuh tentang adab dan sopan kita terhadap setiap umat ciptaan Tuhan di dunia ini. Bukannya apa, cuma rasa terkilan dengan apa yang telah dialami oleh seorang kawan saya ni. Satu hari tu, kawan saya ni pergilah ke sebuah studio yang menyediakan perkhidmatan pakaian dan peralaan ahwin. Niat di hati nak mencari sesuatu yang penting dan bermakna dalam kehidupan berumah tangga. Tapi belum pun sempat.....hati telah berubah menjadi kesedihan. Saya pun hairanlah...kenapa berubah hati?


Rupa-rupanya, baru tolak pintu dan menjenguk ke dalam....tuan punya kedai kot....dengan kasar kalau nak tengok pakej perkahwinan buka kasut dan masuk dalam. kalau nak buat gambar passport, masuk sebelah sana. oiiii....berdesup juga hati saya mendengarnya.....beginikah layanan orang kita terhadap orang lain. Lagipun, tanpa pelanggan boleh maju ke perniagaan dia tu?


Apalagi....terus "my freind" tak jadi masuk. Tapi nasib menyebelahi mereka kerana ada satu lagi studio di kawasan tersebut. Sekali masuk ke sana, ramai pula pelanggan mereka. Apa lagi si kawan ni pun masuklah dengan pasangan dia ke sana. Baik betul layanan mereka di sana. Patutlah kata si kawan ni.....kedai 'si sombong' tu tiada pelanggan dan di sini busy semacam pula.


Tak hairanlah...kedai si sombong slalu buat promosi dalam surat khabar. Rupa-rupanya, berlagak sombong. Kata si kawan adakah kerana rupa saya ni macam orang sederhana sahaja? Hairankan, sebab zaman sekarang pun masih ada lagi manusia yang sebegitu? Malah suka pula membandingkan masyarakat yang berbanding dengan darjat mereka.


Entah ke mana perginya adab dan sopan rakyat kita yang diagung-agungkan di seluruh dunia?


(kata hati Tapak Sulaiman: Rendah diri tanda harga diri kita di mata masyarakat dan PenciptaNYa. Manakala, hormat-menghormati tanda kemenangan dalam kehidupan)

0 comments: