CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 23, 2008

NOTIS PENURUNAN HARGA BARANGAN

Semua sudah tahu akan penurunan harga minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia tercinta baru-baru ini. Hari ini saya telah terbaca dalam akhbar tempatan bahawa pada hari ini Menteri di Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menyatakan bahawa pelanggan bakal menikmati penurunan terhadap harga barangan keperluan berkuat kuasa esok. Di mana menurut Menteri Datuk Shahrir Samad lagi, kementerian tersebut telah mengadakan perbincangan dengan beberapa Hypermarket berkaitan dengan penurunan harga barangan keperluan tersebut namun hanya satu syarikat sahaja yang sudi untuk menunrunkan harga barangan keperluan di pusat mereka.

Di harapkan agar semakin ramai peniaga yang akan menyokong tindakan Kementerian tersebut untuk kepentingan bersama. Begitu juga dengan Negeri sarawak dan Sabah yang banyak lagi kawasan pedalamannya. Harga barangan keperluan seharusnya berada pada tahap yang mampu untuk dibeli oleh masyarakat kerana ia memberi beban terhadap para pengguna. Lagi pun pengurangan terhadap kos pengangkutan mesti sudah dirasai oleh ara peniaga sejajar dengan harga minyak yang telah diturun baru-baru ini.

Walau apa pun tindakan Kementerian, saya ucapkan syabas dan semoga berjaya menangani isu harga barangan ini. Lagi pun hasilnya akan menyumbang kepada ekonomi negara Malaysia.

0 comments: