CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 27, 2008

MENGAPA PERLU DIPERTIKAIKAN BAHASA DI MALAYSIA

Sebelum ini kecoh juga Malaysia dengan isu untuk mempertahankan penggunaan bahasa dalam negara kita ini. Tapi pada pandangan Tapak Sulaiman, ia bukanlah masalah yang besar kerana BAHASA MELAYU sememangnya telah dijadikan sebagai bahasa utama atau bahasa kebangsaan kita. Bahasa lain yang dipraktikkan di negara kita ni boleh kita jadikan sebagai kredit atau kelebihan rakyat Malaysia.
Lagipun tak salah jika kita kaya dengan bahasa kerana apabila kita ke luar negara mudah juga untuk berkomunikasi dengan rakyat di sana. Dari segi perkembangan perniagaan atau perniagaan yang melibatkan jaringan antarabangsa mudah bagi kita menguruskannya jika mahir dalam pelbagai bahasa.
Jadi apalah salahnya negara kita mempraktikkan bahasa lain contohnya bahasa English kerana menggunakan bahasa tersebut bukan bermakna memperjuangkannya sebagai bahasa utama negara. Jadi tak salah Malaysia menggunakan bahasa tersebut sebagai kesenangan rakyatnya.
Sudi-sudilah memberi pandangan dan komen anda.

0 comments: