CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 3, 2008

RISDA bantu Rakyat Sarawak

RISDA baru-baru ini telah membuat rancangan penting yang boleh menyumbang kepada ekonomi keluarga yang mendiami kawasan sekitar perancangan tersebut. Menurut sumber, proje tersebut akan melibatkan keluasan seluas 1,000 hektar dan projek ini kahs untuk golongan miskin tegar di kawasan tersebut.

Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Thamy Chik berkata, projek yang menelan belanja sebanyak RM30 juta itu akan membabitkan 250 keluarga di Kampung Betong, Sarikei. "Kampung ini dipilih oleh Risda selepas ia dicadangkan oleh kerajaan negeri Sarawak dan kita berasa gembira apabila hasrat untuk melihat Risda bertapak di negeri ini akhirnya tercapai untuk membantu memajukan penduduk di sana," katanya.

"Ini merupakan usaha kita untuk fasa pertama di sini, selepas ini ia akan diperluaskan termasuk membangunkan kawasan hutan untuk dijadikan kawasan perladangan termasuk tanaman getah.

Jika kerajaan sentiasa prihatin dan memainkan peranan penuh bagi memajukan ekonomi sesebuah keluarga saya yakin kita mampu menghasilkan negara yang sifar kemiskinan pada wawasan 2020 nanti. Walaupun wawasan 2020 masih jauh lagi namun, tindakan perlu diaktifkan dari sekarang aar segala impian dapat dicapai.

(Renungan si Tapak Sulaiman: Biarlah hadir fasa kedua, ketiga dan fasa-fasa seterusnya, agar rakyat mendapat faedah dan kebaikkan daripada tindakan tersebut. Ini kerana hasil tersebut secara tidak langsung akan menyumbang kepada ekonomi negara.)

1 comments:

lokman hawari said...

ktk keja ngan risda ka?